Wednesday, November 24, 2010

AKTIVITI 3 (AKTIVITI PENGAYAAN)

Aktiviti 3 :
Hasil Pembelajaran : Menyukat isipadu bekas dengan menggunakan unit-unit bukan piawai

Bahan-bahan : Satu gelas minuman, satu jag air yang besar, satu baldi, satu teko

          
Langkah-langkah :
1.      Bahagikan murid kepada kumpulan berempat dan minta mereka bekerja secara koperatif.
2.      Lantik seorang murid sebagai perekod di dalam setiap kumpulan.
3.      Berikan satu set bekas kepada setiap kumpulan.
4.      Minta murid mengisi jag, baldi dan teko tersebut dengan air.
5.      Minta murid menganggarkan bilangan gelas yang diperlukan untuk mengisi kesemua air di dalam jag tadi
6.      Minta murid mengisikan air ke dalam gelas untuk memeriksa anggaran mereka.
7.      Ulang dengan menggunakan baldi dan teko.
8.      Minta murid merekodkan penemuan mereka di dalam jadual di bawah:

Bekas
Jag air
Baldi
Teko
Anggaran



Ukuran Sebenar



9.      Minta murid menulis penemuan mereka di dalam pernyataan di bawah:
                Air di dalam jag air boleh memenuhi__________gelas 
                Air di dalam baldi air boleh memenuhi__________gelas 
                Air di dalam teko air boleh memenuhi__________gelas 
10.  Minta murid membincangkan bekas mana yang mempunyai kapasiti paling kecil.
11.  Arahkan murid supaya menyusun bekas secara menurun dari kapasiti paling besar ke yang paling kecil.
12.  Arahkan murid supaya menyusun bekas secara menaik dari kapasiti paling kecil ke yang paling besar.