Wednesday, November 24, 2010

AKTIVITI 2 (AKTIVITI PENGAYAAN)

Aktiviti 2 :
Hasil Pembelajaran : Untuk menyukat isipadu cecair menggunakan unit-unit bukan piawai.

Bahan-bahan : Pelbagai bekas kecil berlainan saiz (botol, gelas dan cawan) dan satu jag air yang besar.


        
Langkah-langkah :
1.      Bahagikan murid kepada kumpulan berempat dan minta mereka bekerja secara koperatif.
2.      Lantik seorang murid sebagai perekod di dalam setiap kumpulan.
3.      Berikan satu set bekas yang berlainan saiz dan satu jag besar kepada setiap kumpulan.
4.      Minta murid mengisikan jag tersebut dengan air.
5.      Minta murid menganggarkan bilangan cawan yang diperlukan untuk mengisi kesemua air di dalam jag.
6.      Minta murid mengisi botol untuk memeriksa anggaran mereka.
7.      Ulang dengan bekas-bekas yang lain.
8.      Minta murid merekodkan penemuan mereka di dalam jadual di bawah:

Bekas
Botol
Gelas
Cawan
Anggaran



Ukuran sebenar



9.       
 Minta murid menulis penemuan mereka di dalam pernyataan di bawah :
        Isipadu air di dalam jag adalah sama dengan kapasiti ______ botol
        Isipadu air di dalam jag adalah sama dengan kapasiti ______ gelas
      Isipadu air di dalam jag adalah sama dengan kapasiti ______ cawan
10.  Minta murid berbincang mengenai ketiga-tiga jenis bekas tersebut (botol, gelas, dan cawan), yang mana satu mempunyai kapasiti paling kecil.