Wednesday, November 24, 2010


FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES


HBMT 2103: TEACHING MATEMATICS IN YEAR TWO

SEPTEMBER 2010 SEMESTER 
___________________________________________
PENGUKURAN ISIPADU CECAIR (TAHUN 2)


Pengukuran bukan sahaja berguna dalam kehidupan seharian, ia juga berguna dalam pelbagai bidang. Sekiranya guru cuba mengajak murid-muridnya mengenali matematik melalui subjek lain, fikirkan berkaitan pengukuran.


Langkah pertama dalam mengukur isipadu cecair, kita perlu mengetahui apa yang diukur. Nampak mudah tetapi ia mungkin menjadi masalah kepada murid. Bila mereka melakukan perbandingan, bukan hanya mereka memperoleh kefahaman menentukan penyumbang dan mengaitkannya dengan istilah dalam isipadu cecair, tetapi juga mereka belajar tentang prosedur yang membantu mereka memahami nombor.