Wednesday, November 24, 2010

TUGASAN

Soalan Tugasan Matematik Semester September 2010

Misconception on capacity may arise among the students while teaching Volume of liquid especially when comparing capacity of two containers that can hold more. Students often make the comparison on height rather than its capacity. Find ONE (1) video in the internet that show how volume of liquid are measured. Create TWO (2) teaching aids that can be applied to Year Two students to help them understand better. Based on your teaching aids, you are required to create TWO (2) teaching activities; each for high achiever and low achiever students. Finally, you are required to develop your own blog and  post the video, teaching aid and teaching activities in your blog. You are free to choose any platform that are available in the internet. For reference you may browse at www.blogger.com on developing your blog. You are only required to submit link to your blog. 

Pendahuluan
Untuk Mengajar topik Isipadu Cecair dengan berkesan, anda perlu tahu mengenai beberapa aspek tentang pengukuran cecair beberapa aspek tentang pengukuran cecair.

Mengenalpasti Sifat Bagi Isipadu Cecair
Satu daripada langkah pertama dalam pengukuran isipadu cecair ialah mengetahui apa yang anda sukat. Mungkin bunyinya mudah, tetapi ia mungkin menjadi punca kesukaran bagi kanak-kanak.Seperti kanak-kanak melakukan perbandingan-perbandingan ini, mereka bukan sahaja meningkat kefahaman tentang sifat dan kosa kata yang dikaitkan, malahan mereka juga turut mempelajari langkah-langkah yang akan membantu mereka menentukan sesuatu nombor. Peringkat ini biasanya dipanggil pra-pengukuran, memandangkan tidak melibatkan apa-apa nombor.

Salah Konsep Mengenai Kapasiti      
Sekiranya seseorang itu mengganggap kapasiti sebagai satu sifat bagi bekas, maka sifat ini boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak dengan bertanya,”Bekas mana yang ada lebih isinya”.

Walau bagaimanapun, seorang guru perlu lebih berhati-hati dan mengetahui bahawa berlaku  salah konsep mengenai kapasiti dalam sesetengah kanak-kanak. Ramai kanak-kanak datang ke sekolah dengan beberapa konsep panjang dan beberapa kosa kata yang berkaitan dengannya. Tetapi mereka mempunyai idea yang sangat sedikit mengenai kapasiti. Walaupun perbandingan persepsi boleh dibuat di antara dua bekas, kanak-kanak biasanya membuat perbandingan mengenai panjang (atau lebih tepat, tingginya) berbanding kapasiti. Apabila ditanya tentang bekas mana yang mempunyai lebih isi, sama ada bekas yang lebih  tinggi ataupun bekas yang pendek, kebanyakkan kanak-kanak akan memilih bekas yang lebih tinggi walaupun bekas yang pendek itu mempunyai lebih isi. Oleh itu, cara terbaik ialah bermula dengan mengkaji kapasiti menggunakan perbandingan langsung.

Untuk membuat perbandingan langsung, kita perlukan beberapa jenis pengisi: air dan pasir adalah mudah untuk kanak-kanak. Dengan diberi beberapa bekas, kanak-kanak boleh mengisi satu bekas dan menuangnya ke satu bekas yang lain untuk melihat bekas yang boleh mengisi lebih.  
     
Peringkat-peringkat Perkembangan Konseptual Bagi Isipadu Cecair Tahun 2
Pengukuran ialah satu proses dimana satu nombor ditugaskan kepada satu sifat objek ataupun acara. Satu perkembangan konseptual yang sistematik akan membantu murid mempelajari topik ini dengan lebih berkesan. Berdasarkan proses pengukuran, perkembangan pedagogi berikut adalah dicadangkan bagi topik Isipadu Cecair Tahun 2.
a)      Mengenalpasti sifat bagi isipadu cecair
b)      Perbandingan langsung bagi isipadu cecair
c)      Perbandingan tidak langsung bagi isipadu cecair melalui rujukan
d)     Mengenalpasti alat-alat yang digunakan sebagai pengukuran bukan piawai bagi isipadu cecair
e)      Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran bukan piawai
f)       Memperkenalkan pengukuran-pengukuran piawai bagi isipadu cecair
g)      Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran piawai dalam liter (l)

Aktiviti-Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Pengukuran-Pengukuran Bukan Piawai Bagi Isipadu Cecair




Rumusan
Topik Isipadu Cecair menerokai kapasiti sebagai satu bagi bekas. Untuk darjah 2, kapasiti yang diukur adalah terhad kepada liter (l) di dalam system metrik. Pembelajaran isipadu cecair bermula dengan pengalaman konkriti dalam situasi realistic melalui pengukuran menggunakan kedua-dua unit piawai dan bukan piawai.
      
      Rujukan :
  1. Murugiah S/O Velayutham.,& Kao Thuan Keat (2010). HBMT 2103  Teaching Mathematics in Year Two:Meteor Doc. Sdn. Bhd.
  2. Kennedy, L.M., & Tipps, S. (2000). Guiding Children”s Learning of Mathematics Allyn & Wadsworth, US
  3. Rucker, W. E., & Dilley, C. A. (1981). Heath Mathematics. D. C. Heath and Company, US.