Wednesday, November 24, 2010

AKTIVITI 1 (AKTIVITI PEMULIHAN)

Aktiviti 1 :
Hasil pembelajaran : Untuk membuat perbandingan persepsi terhadap kapasiti.


Bahan-bahan : 3 gelas minuman yang sama saiz, tiga bekas yang sama saiz dan satu jag air yang besar

Langkah-langkah :

1.        Pegang ketiga-tiga gelas.
 







2.        Minta murid memberitahu persamaan di antara ketiga-tiga gelas.
3.        Perkenalkan kosa kata "kosong", "separuh penuh" dan "penuh".
4.        Semasa memperkenalkan kosa kata, minta murid tampil ke hadapan untuk mengisi air mengikut kosa kata tersebut.




















5.        Minta murid menyusun gelas-gelas itu mengikut turutan dari kosong ke penuh.
6.        Ulang dengan set bekas yang lain.